Notis privasi ("Notis") ini dikeluarkan kepada semua bakal dan/atau pelanggan, pembekal, vendor, kontraktor dan pembekal yang sedia ada di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") yang berkuatkuasa pada 15 November 2013. PDPA merupakan satu akta yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial.
Demi pematuhan PDPA, Viridea Lakeside Sdn Bhd (termasuk Entiti Sekutu, seperti tertakrif di bawah) dikehendaki mendapatkan persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda dan memaklumkan hak-hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang diproses atau dikumpul dan kemudiannya diproses oleh kami.
Bagi maksud Notis ini,
"Data Peribadi" ertinya semua data yang ditakrifkan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung mengenai individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu sahaja, atau daripada apa-apa maklumat dan maklumat lain yang mungkin kami ada termasuk apa-apa data peribadi yang sensitif dan penyataan pendapat mengenai individu.
"Pemprosesan" ertinya mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data, menyusun, menyesuaikan atau mengubah data, menggunakan, merujuk kepada, mendapatkan atau mempertimbangkan data, menzahirkan atau memindahkan data atau mendedahkan data kepada pihak ketiga, menjajarkan, menggabungkan, membetulkan, memadamkan atau memusnahkan data.
"Entiti Sekutu" ertinya mana-mana firma, syarikat, perbadanan atau organisasi lain yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh Viridea Lakeside Sdn Bhd dan/atau Lextrend Sdn Bhd dan/atau United Malayan Land Berhad dan di mana istilah "kawalan" digunakan berkenaan dengan mana-mana organisasi bermakna pemilikan, secara langsung atau tidak langsung, kuasa untuk mengarahkan atau menentukan pengurusan dan dasar-dasar organisasi, sama ada melalui pemilikan saham atau kontrak atau sebaliknya.
Dalam urusan anda dengan kami, kami mungkin meminta dan mengumpul Data Peribadi yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -
Kami mengumpul Data Peribadi anda daripada anda sendiri dan pelbagai sumber yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada: -
Data Peribadi akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami untuk tujuan berikut: - (secara kolektif dikenali sebagai "Tujuan"): -
Kami mungkin menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti berikut: -
Pembekalan Data Peribadi anda kepada kami adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan persetujuan anda atau kemudiannya menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan Data Peribadi, kami tidak akan dapat memenuhi kewajipan kami berhubung dengan Tujuan tersebut.
Sila ambil perhatian juga bahawa kegagalan anda untuk memberikan Data Peribadi anda boleh menyebabkan perkara seperti yang berikut: -
Pada bila-bila masa namun selepas penerimaan Notis ini, anda boleh membuat permintaan untuk mengakses Data Peribadi anda dan mendapatkan salinan pernyataan itu dengan mengemukakan permintaan itu secara bertulis.
Jika anda berpendapat bahawa Data Peribadi anda adalah tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap atau tidak dikemaskini, anda juga boleh membuat permintaan secara bertulis untuk membuat pembetulan.
Jika anda tidak ingin menerima pemberitahuan dan bahan-bahan pemasaran daripada kami atau ingin kami untuk berhenti memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang tertentu, anda layak untuk mengemukakan permintaan bertulis untuk membuat sekatan ke atas pemprosesan Data Peribadi anda.
Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menolak permintaan anda dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.
Sebarang permintaan, pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi boleh dikemukakan kepada kami secara bertulis, kepada alamat berikut: -
Data Protection Officer
Viridea Lakeside Sdn Bhd
Wisma Budiman, Level 9, Persiaran Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603.2070 9119 Fax : 603.2070 1199
Email: enquiry@viridea.net
Sila lengkapkan butiran seperti berikut dalam mana-mana permintaan bertulis anda yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda:
Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi daripada kerosakan, akses yang tidak dibenarkan, kehilangan secara tidak sengaja dan penyalahgunaan. Kami juga memerlukan semua pemproses data kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang munasabah dalam pemprosesan Data Peribadi anda.
Anda dinasihatkan untuk memeriksa kesahihan Data Peribadi anda. Apabila kami menerima permintaan bertulis anda untuk membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap dan tidak dikemaskini kecuali kami berpendapat terdapat justifikasi untuk menolak permintaan anda.
Perubahan kepada Notis Perlindungan Data Peribadi
Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskini di laman web kami. Dengan berurusan dengan kami secara berterusan berikutan sebarang pengubahsuaian, kemaskini atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah menerima ubahsuaian, kemaskini atau pindaan melainkan anda telah menyatakan sebaliknya dengan jelas ketidakinginan anda secara bertulis kepada kami.
Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara dua versi , versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.